A K U
Wednesday 3 August 2011 | 0Cupcake mengomen
Malam ini aku ingin meluahkan semua ketidakpandaian aku . Pelik kah jikalau aku tidak sepandai engkau, tidak secantik engkau, tidak sekaya engkau, tidak sepopular engkau dan pelbagai lagi. Perlukah aku untuk menjadi seperti seorang yang sungguh sempurna dimatamu.Aku tak pernah dapat bebas seperti engkau, tetapi aku tidak merungut kerana mungkin ini yang terbaik untukku . Ditemani ahli keluarga adalah lebih baik dari bertemankan kawan makan kawan . Mungkin aku kelihatan manja serta tidak pandai berdikari, tetapi aku cuba menjadi diri sendiri dan ianya adalah jauh lebih baik daripada menjadi seorang yang hipokrit. Ya, mungkin engkau adalah jauh lebih baik daripadaku, dan mungkin ya masa depanmu adalah lebih cerah dariku . Tidak perlulah bagimu untuk mendabik dada, mereka-reka cerita bahawa hidupmu sudah cukup sempurna dan kau bebas mencerca kehidupan orang lain. Perlukah kau untuk mencipta semuanya semahumu tanpa mengendahkan orang lain. Rambut mungkin sama hitam tapi hati siapalah tahu. Hari ini harimu, esok lusa tiada siapa yang tahu. |
Peace^ ^V
Scream
Credits
|