Pesanan buat abang
Perempuan itu sememangnya dicipta untuk melengkapimu,
Dia juga dicipta untuk membahagiakanmu,
Menjadi kekuatan dan kelemahanmu,
Kerana yang pasti dia hanyalah milikmu dan menjadi tanggunganmu.
Janganlah abangku sayang,
Janganlah kau lemah kerananya,
Janganlah kau menangis kerananya,
Janganlah engkau berduka lara hanya kerananya,
Kerana aku yakin Allah mempunyai aturan yang terbaik buatmu.
Ingatlah abangku sayang,
Cinta itu tidak semestinya dimiliki,
Cinta itu tidak seharusnya diratapi,
Cinta itu sudah semestinya hanya milik Ilahi yang kekal abadi,
Yakinlah abangku sayang,
Jodoh yang terbaik sedang menanti dirimu,
Mendamba dirimu,
Berdoa untuk sentiasa menjadi milikmu,
Kuatkanlah hatimu wahai abang kerana setiap yang berlaku itu sudah pasti ada hikmahnya,
Mungkin bukan dia yang terbaik untukmu,
Mungkin bukan dia yang layak untuk menjadi ibu kepada anak-anakmu,
Dan mungkin juga bukan dia takdirmu.
Ya Allah, kasihanilah dia yang setia pada cintanya,
Ya Allah, kasihanilah dia yang hancur kerana cintanya,
Kerana hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu sama ada baik atau buruknya.
Wallahualam.
Labels: bangkit
Older Post