Pesanan buat abang
Perempuan itu sememangnya dicipta untuk melengkapimu,
Dia juga dicipta untuk membahagiakanmu,
Menjadi kekuatan dan kelemahanmu,
Kerana yang pasti dia hanyalah milikmu dan menjadi tanggunganmu.
Janganlah abangku sayang,
Janganlah kau lemah kerananya,
Janganlah kau menangis kerananya,
Janganlah engkau berduka lara hanya kerananya,
Kerana aku yakin Allah mempunyai aturan yang terbaik buatmu.
Ingatlah abangku sayang,
Cinta itu tidak semestinya dimiliki,
Cinta itu tidak seharusnya diratapi,
Cinta itu sudah semestinya hanya milik Ilahi yang kekal abadi,
Yakinlah abangku sayang,
Jodoh yang terbaik sedang menanti dirimu,
Mendamba dirimu,
Berdoa untuk sentiasa menjadi milikmu,
Kuatkanlah hatimu wahai abang kerana setiap yang berlaku itu sudah pasti ada hikmahnya,
Mungkin bukan dia yang terbaik untukmu,
Mungkin bukan dia yang layak untuk menjadi ibu kepada anak-anakmu,
Dan mungkin juga bukan dia takdirmu.
Ya Allah, kasihanilah dia yang setia pada cintanya,
Ya Allah, kasihanilah dia yang hancur kerana cintanya,
Kerana hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu sama ada baik atau buruknya.
Wallahualam.
Labels: bangkit
23 APRIL 2012
Hari ini akan ku lahirkan kebenarannya. Maafkan
aku sayang, setelah sekian lama, setelah bertahun lamanya, baru hari ini dan
saat ini aku mampu untuk mengarang bicara hati buatmu. Ikhlas, ianya ikhlas
dari hati. Perkenalan yang begitu mudah, tiada kata yang mampu ku luahkan saat
engkau melamarku untuk menjadi kekasihmu dahulu.
Tetapi aku yakin, senyuman
yang terukir di bibirku mampu menjawab persoalanmu samaada aku bahagia atau
tidak selama denganmu. Bertahun sayang, bertahun kita menjalin hubungan yang ku
impikan kemuncaknya bahagia walaupun mungkin bersulam derita dan airmata.
Perhubungan itu memang sudah wajibnya punyai duka dan lara namun janganlah
gundah gulana, cinta akan menceriakannya. Walaupun sudah kerap kali aku membuat
onar dan kacau bilau dalam perhubungan kita, kau masih teguh melayani walaupun
aku tahu egomu dicalari.
Hampa bukan, mempunyai kekasih seperti aku. Pelbagai
onak dan duri yang perlu kau tempuhi, namun kegigihanmu ku kagumi. Nyata,
memang tiada yang bakal sebaikmu. Mungkin juga aku akan menangis kesedihan
dengan semua yang terjadi, sama seperti dahulu.
Saat bahagia yang mungkin hanya
EMPAT tahun lamanya, walaupun ternyata ada yang tidak kena. Coretan hatiku ini
ikhlas sayang, sehabis jujur aku kepadamu.
Selamat ulang tahun sayang, Hujung
minggu kita kan bertemu. Kuharap ianya akan menjadi kenangan yang paling indah
dalam hidupmu. Andainya telah terukir jodoh kita dalam takdir Ilahi, aku akan
menjadi yang terbaik untukmu disepanjang hayatmu. Walau mungkin hanya untuk
seketika, atau selama-lamanya.
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Hidup ini suatu ujian

Hari in aku belajar sesuatu yang baru iaitu hidup ini suatu ujian. Sebagai hamba Allah S.W.T , hidup setiap manusia di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah mengikut caraNya yang tersendiri. Alhamdulillah, Bulan Ramadhan sangat-sangat memberi kekuatan untuk aku menghadapi pelbagai ujian. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.
Ha, nak kongsi kisah cinta ala-ala novel yang merupakan kisah benar percintaan Makteh dan Pakteh kesayangan aku malam ney. Hakhak, lantak korang lah nak percaye atau tak tapi ini bukan cerita rekaan. Ney betul2 punya.
Hehe, ukey. Cerita dia macam ney, makteh aku ney mase mude-mude dulu cun, putih, kurus, cantik lah, cukup sifat. Dia kerja kilang area Shah Alam dengan Maktam dan Makde aku ( time bujang-bujang dulu ) . Dia bercinta dengan Pakteh aku, orang Kedah tapi kerja TUDM. Hohoho, bercinta sakan. Tengok gambar-gambar diorang mase bercinta, romantik sangat. Dengki taw tengok album diorang. Mak aku kate, lame gawk lah diorang ney bercintan cintun tapi tak pernah lagi jumpe family masing-masing.
Kerja sebagai TUDM, taw je lah kan. Busy kod, selalu ade latihan lah, itulah, inilah tapi bercinta tetap bercinta. Kirenye Makteh aku memang da cinta mati lah kat Pakteh aku ney. Hohoho, aku suke taw.
Tapi langit tak selalu cerah, bukan mendung yang menanti Makteh kesayangan aku ney, tapi ribut petir. Pakteh aku hilang kat laut time training payung terjun. Separuh nyawa Makteh aku hilang dengan Pakteh aku taw. Time tu family atuk aku sampai bawak Makteh aku berubat. Makin lama makin kurus, aktiviti harian dia menangis. Tapi, hehe bape banyak tapi dah aku gune kan. Tapi sayang tu sikit pun tak hilang. Makteh aku bawak hati yang lara pulang ke kampung, hehe ayat aku skema. Ada orang nak kat Makteh aku pun Makteh aku tak nak. Ha, ney baru cinta sejati namenye ukey.
Tah berape tahun lepas tu tah, kalau tak silap 3 tahun kod . Kood ukey, aku pun dah lupe, ingat sikit-sikit je. Pakteh aku dijumpai balik, separuh lumpuh. Alhamdulillah jumpe kan. Ha, bukan nak tipu tapi Pakteh aku still ingat Makteh aku taw. Lepas berubat kat mane tah ( luar negare yang pastinye ) Pakteh aku cari balik Makteh aku, tapi Makteh aku kan dah tak kerja kat Shah Alam, so memang tak jumpe lah kan. Hehe, untungnye aku kalau lelaki macam ney. Sejujurnye, half dari ciri lelaki idaman aku ade kat Pakteh aku ney (gediknye aku) hihik .
Tapi tu lah, jodoh di tangan Allah, akhirnye Pakteh aku jumpe jugawk Makteh aku dan terus masuk minang. Hohoho, sampai sekarang diorang hidup aman damai sekeluarga. Ha, banyak lagi part best dalam cerita diorang ney tapi aku terpakse skip koz aku rase aku da type panjang sangat dah ney, penat taw. Huhu. Tabah kan diorang.
So, kesimpulan dari blog aku ney, aku nak ingatkan diri sendiri supaya tabah menghadapi ujian sebab hidup ini adalah suatu ujian. Aku kene kuat, tabah, sabar, ingat Allah, ingat family dan jangan ikut hati sendiri je. Jodoh di tangan tuhan so jangan kau gedik-gedik sangat nak nangis pasal jantan dah lepas ney ukey. Fokus pada kerja dan fikir untuk sambung study.
Hehe, penat dah aku merapu malam ney, kenape aku buat blog ney . ? Untuk lupekan sakit dan luka kat hati aku ney. Dan aku kene kuat. Pesanan aku, sayanglah orang yang sayang korang, Bukan korang je yang dok syok sayang die tapi die tak sayang korang. Hehe, renung renungkan dan selamat beramal.
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUMLabels: MIXED
AKU TAK SAYANG EX AKU DAH LAH WEYH!!!
SUMPAH aku tak sayang dah semua ex2 aku, tolong lah jangan tuduh aku. Aku tak faham, aku ikut cakap kau dan sekarang kau kate aku pulak. Aku cakap aku tak sayang dah, aku tak sayang dah lah!!! Tolong lha, ke kau yang sayang ex kau ? Kan ? Aku benci jadi macam ni. Kau asyik buat aku nangis. Hobi kau kan. Thanx
Labels: sad
A K U
Malam ini aku ingin meluahkan semua ketidakpandaian aku . Pelik kah jikalau aku tidak sepandai engkau, tidak secantik engkau, tidak sekaya engkau, tidak sepopular engkau dan pelbagai lagi. Perlukah aku untuk menjadi seperti seorang yang sungguh sempurna dimatamu.
Aku tak pernah dapat bebas seperti engkau, tetapi aku tidak merungut kerana mungkin ini yang terbaik untukku . Ditemani ahli keluarga adalah lebih baik dari bertemankan kawan makan kawan . Mungkin aku kelihatan manja serta tidak pandai berdikari, tetapi aku cuba menjadi diri sendiri dan ianya adalah jauh lebih baik daripada menjadi seorang yang hipokrit.
Ya, mungkin engkau adalah jauh lebih baik daripadaku, dan mungkin ya masa depanmu adalah lebih cerah dariku . Tidak perlulah bagimu untuk mendabik dada, mereka-reka cerita bahawa hidupmu sudah cukup sempurna dan kau bebas mencerca kehidupan orang lain. Perlukah kau untuk mencipta semuanya semahumu tanpa mengendahkan orang lain. Rambut mungkin sama hitam tapi hati siapalah tahu. Hari ini harimu, esok lusa tiada siapa yang tahu.
habis dah, bukak buku baru ok
em, salah kecil yang aku buat dah jadi macam buat salah besar . aku manusia biasa yang selalu alpa dan tidak lekang dari membuat kesilapan . maafkanlah aku .
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Labels: entah
Older Post